Monday 31 December 2012

TH YANG KEJAM

KEBENARAN sempat tengok ucapan TH di video FB milik web ganu bakong. Suara sudah tidak sombong lagi seperti sebelum ini. Tetapi KEBENARAN masih tidak yakin Syarikat Harapan berada dalam lindungan barakah Allah swt.
Selagi TH masih menipu nipu, tidak menjawab sms, email dan masih menganggap jatuhnya Syarikat Harapan kerana orang lain dan bukan kerana nafsu serakah TH maka selagi itu laaaaaa Syarikat Harapan akan di rudung malang.

TH wajib tampil dan mohon maap ramai staf yang di pecat tanpa di panggil bela diri. TH lupe kaah TH & keluarga pernah konspirasi singkir manager Syarikat Pelancongan Harapan Pn Sbh dengan hanya rakaman perbualan telefon????? Di pecat dalam ketika ia mengandung????? Dia keluar dari karier Hotel di SP dan masuk Syarikat Pelancongan Harapan kerana nak bersama Islam. Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!Dia menangis terlalu sedih dan berdoa dan KEBENARAN yakin doanya di terima... Naaahhhhh TH terimalah padahnya kehancurannya.. Sungguh kejam TH yang korang agung agung kan....

TH kick seorang staf yang dituduh jual ayam tanpa bukti kukuh. Staf itu anak kampung Mata Air. KEBENARAN lupa namanya. Hoiiiiiiiiiiii TH!!!!! Budak itu baca yasin 40 hari berturut turut minta Allah beri petunjuk. Kalau TH tak percaya sila siasat dan tanya anak buah TH di Mata Air....Hoiiiiii TH !!!!!! Kau dah lupa pada Ilahi rupa rupanya.

Anak Bini TH mula beliak mata macam buaya tak makan sebulan tengok kejayaan Bisnis Ayam Goreng di SP. Mula laaaa nak sapu projek dan nak ambil alih Syarikat Ayam Goreng. Bini nak jadi direktor Ayam Goreng, Adik Ipar nak jadi kontraktor ayam goreng, bapak mertua (Deddy) nak jadi penternak ayam. Maka TH pun buat cerita cerita dan kick Manager Ayam Goreng (Pak Syed). Hoiiiiiiii!!!!!! TH.... Kamu memang zalim dan zalim........

TH conner kick Mr GM (sapa tak kenal) ke Koperasi Wahduhai. TH fitnah dia curi duit Syarikat Harapan. Hoiiiiiiii TH hang sapu licin duit Koperasi RM 27juta. Hang diam macam tak bersalah!!!!!!!!!! Hang fitnah dia tanpa di bicara. Undang undang agama apa yang TH pakai.........

TH!!!!! Doa dan doa orang yang di zalim tak ada hijab. Banyak lagi kezaliman pecat, singkir, fitnah di buat konon kononnya atas Ummaaahhhh...

UST NANO ADA JAWAPANNYA


Samalah dengan Kad VVIP yg pernah dilancarkan pada ESP kali pertama di Depalma Ampang dulu.... Rasanya beratus para leader yg lainnya tempah kad VVIP berharga rm30 itu yg kononnya dengan kad itu dapat diskaun di semua premis Syarikat ayam goreng, HOTEL AZZAH, RESTOREN MASAKAN CINA, RODDOX  PIZZA dll anak syarikat HARAPAN..... Tapi sampai sekarang kad VVIP itu tak dapat dan bila tanya masing masing nak mengelak.... Agaknya duit itu pergi mana..... 

Ust Nano kena menjawab? 
Magerin.... Kena siasat dan tangkap TH kerana salah guna wang pengedar.

Saturday 29 December 2012

KEMANA PERGINYA WANG WAKAF MANHULL?

KEBENARAN NAK BONGKAR LAGI! NAK MARAH-MARAH LA!

Semua orang takut! semua jadi penakut! Takkan tak ada seorang pun dalam dunia ni yang berani menyatakan kebenaran!

Dulu ustaz N, Nama samaran ustaz NANNO, ada kutip duit wakaf untuk manhull. Nak beli tanah untuk wakaf atas arahan TH! Resit pun KEBENARAN ada lagi. RM 50 la, tak banyak, tapi bukan kebenaran soramng ja yang bagi, beribu orang member-member atau ahli-ahli atau pekerja-pekerja bodoh macam KEBENARAN jugak waktu tu.

KEBENARAN tak kata Ustaz Nanno makan duit tu, kebenaran tau kejujuran ustaz nanno tapi isu dia di sini TH!

Kita ummat mana tak cair bila di canang nak buat tempat pendidikan untuk anak-anak islam, malah diwakafkan. Sampai akhirat punya amalan di hitung. Kita yang bagi mana tak percaya, reputation ustaz nanno atas kejujurannya dan dia juga setiausaha panel syariah Syarikat harapan.

Last-last Manhull telungkup, tutup senyap sunyi. Dengar kata ada orang nak ambil alih. KEsian nak kena cuci najis orang!

Bukan masalah itu yang KEBENARAN nak ceritakan. Ini pasal wang wakaf tu. Kemana? dengar kata dengan tanah-tanah yang nak wakaf tu pu ruyuuuuuup.

Jadi kepada penyokong setia, TH yang pengkhianat UMMAH ni, please la, tak kan nak bersubahat dunia akhirat kut?

Dan kepada panel syariah, anda semua ada hubungan dunia dan akhirat atas tanggungjawab ini! takkan nak duduk diam, duk bagi kuliyyah sana sini, tapi hal pengkhianatan TH pada ummah di diamkan.

AMBOI, hangpa kalau pasal politik, benci kat UMNO hangpa punya ceramah parti berapi-rapi kata menteri itu makan duitlah, bini menteri tu pakai gelang besarlah, salah itu lah, salah ini lah, buka ceramah parti depan beribu-ribu orang!

Ni kat TH, tak kata apa, pengecut! padahal hangpa lebih master bab agama dari kami ni!

Sampai isu duit wakaf pun diam macam tu saja! ooooo...lupa..dulu panel syariah makan gaji dengan syarikat harapan, so tak berani la nak tegur majikan. So, macam mana sekarang? ceramah agama berapi-rapi, tapi nak tegur seorang pengkhianat ummah yang jelas-jelas di malaysia ni, senyap sunyi!

Ayat kemaih depa, katakanlah yang benar walaupun payah/berat/susah. Tapi jgn duk ambil kesimpulan, sekiranya tak mampu buat apa-apa, kita sekadar diam dan berdoa!

COME ON MAN!!! TH bukan macam israel, ada senjata! Itu pun bukan main, benci buat kempen gaza lah, apalah, dalam kutbah bukan main.

Tapi dengan seorang TH yang jelas pecah amanh dunia, hanya bersenjatakan ubat, hangpa takut? bukan ada apache pun>>>\

ADOI! please..ini isu akhirat beb!


Friday 28 December 2012

NOSTALGIA SEORANG DOKTOR, MR. Y

Dulu, seorang doktor ni ada pekerjaan yang baik. Nama dia dr. Y lah..Biasalah, profession sebagai doktor ni memang hebat. Gaji lebih kurang RM 8000-00 lah..Selepas itu dia di dekati oleh TH untuk menyertai syarikat harapan waktu di ambang nak terlungkup lah..untuk sertai satu program atas nama Elokla Semua Penipu. Atau nama pendek ESP.

Doktor tu timggalkan kerjaya dia dari satu klinik popular yang ada nama dan join syarikat harapan.

Dia tak tau agenda TH sebenarnya nak pakai dia untuk marketingkan ubat dia ja..Biasalah, bila doktor bagi speech dalam program, sapa tak percaya. Tujuan sebenar TH ni nak produk-produk dia terjual secara pukal.

Last-last, gaji doktor tu mula tak berbayar. Bila dia duk merayu-rayu kat TH, suruh dia cari kerja lain tinggal kan syarikat harapan. TUDIA!

 Tuan-tuaaaaaaan, bukan setakat kick doktor tu keluar, siap pi tutup periuk nasik doktor dengan fitnah yang doktor tu sakit jiwa.

ASTAGFIRULLAH!!! la ni doktor tu tak boleh nak cari makan atau kerja. Siapa nak pi berubat dengan doktor yang di cap sakit jiwa. Sebenarnya doktor Y ni, tak ada masalah apa pun, cuma minta hak gaji dia. Tapi perbuatan keji TH dah buat dia hidup tersepit!

Itulah TH yang hangpa duk agungkan!!!

THINK AND RETHINK. tak mustahil semua yang dia tendang keluar dari syarikat harapan atau meniggalkan syarikat harapan sebagai ORANG SAKIT JIWA.

I THINK THIS PAK TH already sakit jiwa dan kita lihat nanti, siapa lagi mangsa dia

BAHAGIAN PERUNDANGAN PUN DIAM!!!

Ni KEBENARAN nak tanya sikit..Kebenaran dapat info yang perjanjian syarikat ayam goreng untuk pelabur tu di buat oleh syarikat harapan punya legal advisor. KEBENARAN dah baca pon perjanjian tu.

Tak kan legal advisor tu nak buat diam ja kot? Kena la take action terhadap syarikat harapan! ni pelik syarikat harapan punya pekerja, dengan legal advisor dia pun ruyuuuuup!!!

HOI! paling tak pun advise la pelabur-pelabur tu macam mana nak dapat balik duit depa!!!

Buat diam, senyap sunyi bila berhenti kerja!!!

Bukan main no, waktu nak dapat arahan TH gabuih duit pelabur, hang Mr. G bukan main buat agreement. Siap jadi saksi lagi. La ni diam menyepi!!!!

Professional la sikit!!!!

Malaih nak becakap pasal lawyer ni! nanti kena saman pulok!!! 

MANHULL Yang Sudah Ruyuup

TH yang penuh lakonan wayang opera membuka sekolah MANHUL.  Mak oii semua dia nak buat.  Sebenor benornya semua itu lahir dari nafsu serakah nak kuasai semua.  Umaaah laa kononnya...
KEBENARAN ada satu story yang terjadi pada batang hidung sendiri.  KEBENARAN pun ada anak hantar di sekolah MANHULL. Bayar main pakai potong (gaji/bonus). Masa itu KEBENARAN pun terpedaya dengan gula cokelat getah  TH lembut lentok terkehel kehel,,,, yee laaahhh Umaaah.
One day KEBENARAN tak sedap hati.. Maka KEBENARAN pun pergi pada bulan puasa kebetulan. Terkejut amat amat KEBENARAN melihat anak mamah MEE MAGGI di waktu sahur.  Mana pergi tukang masak!!!!!!! Tukang masak tak masak!!!! Pasal apa tak masak!!!! NO PAYMENT. NO MONEY NO TALK. Hooiiiiiiiiiii apa sudah jadi. Yuran Hang Kutip.. Potong Bonus Potong Gaji. Buat iklan tayang rata dalam program,,,,, tadah duit.... Murid bagi mengketedarah MEE MAGGI!!!!!!! PJS R pun jadi mangsa...
Wahai TH... Rumah Hang tak jauh dengan MANHULL.. Ketika duduk di rumah aircond bersama anak dan bini tersayang, Hang makan ayam golek organik, teba teba Hang biar anak aku makan MEE MAGGI.
UMMAAAAAH apa benda?
Dengak dengak TH skip goat 2 ust MANHUL dan kick depa nie dan macam biasa TH tuduh kerana mereka MANHUL bungkus. TH baik baik aja.
Magerin tak tahu semua ini. Masa itu Magerin dok sibuk jadi lawyer.
Think and Rethink!!!!!

Thursday 27 December 2012

PEMAIN WAYANG PALING HEBAT!!





Dalam Serabut (dulu Pintar) Herba, TH bagitau dia tak tau menahu pasal Hutang dengan koperasi sebanyak RM 25 juta. AIK!!! Pastu toyol mana ambil tu? Hangpa jgn duk percaya bulat-bulat la..letih la nak bagitau kat tukang percaya bodo piang pengikut TH. Pi kat KOOP, cek tengok statement. Dia duk main wayang, macam biasa la..

Cuba pejamkan mata anda, bayangkan dia kata "Masyallah tuan-tuaaaaaaan, saya tak tau pasal saya ambil hutang koop rm 25 juta tuan-tuan..kalau saya ambil pun tuan-tuan..untuk ummah tuan-tuaaaaaan, Ummah la tanggung hutang tu tuan tuaaaaaan" so taktik wayang dia macam biasa, kepala tunduk sikit, sambil menggeleng, tangan kanan letak di dada kiri, dan dengan riak air mata seperti alim-alim kucing..

Tudia, macam tu punya wayang, so tak mustahil la ramai yang sengaja membodokan diri dan percaya..

Belum habih lagi nih..

Ada satu orang lagi, so called webmaster orang ganu kite yang duduk merempat kat perlis..dia ni dulu dah kena kick dengan TH. Tapi dia jilat dan jek TH, dapat la kerja balik. Dulu waktu dia mai balik lepas kena kick, dia pi kat opis JAWI SERABUT HERBA SHOP. Staff-staf kat situ punya naik meluat siap tak tegur dia, dan menyampah. Dasar kaki merempat, dia tidur di opis. HMMMM..Dan dulu budak-budak IT benci kat dia, sebab letih-letih budak-budak design duk design web syarikat harapan, dia mai dan jadi pengurus. Komen sana komen sini, pastu kata web tu tak lulus. dia minta password budak-budak design tu, pastu tukar sikit, presen kat TH kata dia punya. HAHAHAH..wayang lagi..

Pak wayang terengganu ni, ni nak habaq kat hangpa, duk jilat punggoq TH duk makan komisen program yang ahli-ahli duk bayar tu, bagi dua dgn TH tu, bini dia dah join syarikat yang penuh dengan ke KAISARan.

Tu dia, tukang wayang kena main dengan penipu wayang..hahahaha..KONG KALI KONG kena kat kepala hangpa balik..

Tu yang duk pejuang dalam dunia internet tu. Kata orang utara, maaf, pinjam bahasa sat, perangai macam HARAM JADAH,,OPS sorry..telepaih cakap, sebab marah sangat na..

THINK AND RETHINK.

Pasni cadang nak buka fb kelab benci majerin expired..ada yang nak join? 

SYARIKAT HARAPAN TAK BAYAR KWSP?? HA? TAKKAN SEMUA NAK DIAM MELONGOK KUT??!!

Kebenaran dapat tau ada pekerja syarikat Harapan yang yang tak di bayar KWSP. Betulka? Pelik jugak sebab TH ni duk keluar masuk luar negara macam tak ada masalah ja.

Kalau dekat shah alam 224 Pengarah syarikat kena lapor nama pada imigresen dan tak boleh tinggalkan negara.

Kalau kena tipu dengan pengurusan atau di gempar oleh team doremon, jangan takut, mereka ni kategori pekerja bodo sombong ja. 

Ni nak bagitau Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, NIK AFENDI JAAFAR sendiri buat statement semua pekerja yang menerima gaji, pekerja tetap, separuh masa, sementara dan malah percubaan berhak mendapat caruman KWSP dari majikan mereka.

LIMA syarikat termasuk tiga yang beroperasi di Kuala Lumpur dah masuk list, Tapi syarikat harapan tak masuk list hitam tu pun.

OOOOOO...mungkin mereka akan masuk list di papan saham utama macam mereka kata kut..

JANGAN NAK BERANGAN.

SO perkerja-pekerja, kalau anda pandai, laporkan ke KWSP.

BUAT SERIUS LA..RAMAI2..

TERSERAH LAH..

THINK AND RETHINK

APA YANG PERLU DIBUAT

KESIAN Pekerja-pekerja syarikat harapan.

Ada yang tinggal terus kerja sebab dah fed up kena pindah sana pindah sini. Gaji dapat la separuh. Dulu waktu pekerja nak buat kesatuan pekerja (union) dikecam sebagai pemberontak. Ada yang tanya kebenaran, apa nak buat.

Adoi,.kita ni bukan lawyer, loyar burok ja, Tapi Atas ikhsan, rujuk lah website ini kalau beguna.

kebenaran akan cari lagi website yang sesuai, termasuk aduan kepada pihak epf yang tak berbayar..

sabar ya..

 website Jabatan Tenaga Kerja ..rujuk we ini ya..harap berguna

Wednesday 26 December 2012

UMMAH KU - INFO BARU KOPI PALSU

SALAM KEBENARAN SEMUA..

Info mengejutkan telah kebenaran dapat dari sumber yang boleh dipercayai.

Lori yang dulunya ada lambang kopi rodddddox, telah bertukar warna di cat sepenuhnya kewarna merah.

Dan lori yang berlegar-legar ini, ke kedai-kedai bukan melayu yang di pandu oleh en H, yang merupakan drebar favorit TH. Adoi. Tak salahka kalau depa yang jual kopi itu?

mereka yang mengedarkan sendiri. Adoi lagi...

Please na, kalau sapa-sapa nampak pengkhianat ni, tahan ja lori dia. Letih ooo ummah duk dipermainkan.

Dan pak drebar, hati-hati di jalan raya ya..sat gi kut berterabur kut kopi original keluaran sendiri yang dijual pukal kepada kedai-kedai pemborong tu..

HMMMMM..Nasib-nasiiiiiiiib


DOREMON


INI LAH CEO syarikat harapan,

INI PUN Nama samaran ceo dia jugak, MAJERIN


Dulu ku umumkan syarikat harapan untuk ummah,
ramai tertipu dan percaya padaku,
ku wujudkan team yang macam budak skema,
tapi kutukar lagi ke team baru,
macam-macam ku tipu ummah semua,
tapi semuanya untuk aku,
tapi jangan marah ya,
ini syarikat punya aku,
kamu semua telah tetipu,
kerana inilah jalan kamu,

Ku keluarkan memo ku yang ke 37,
siap menggunakan ayat azimatku,
sengaja ku suruh orang bersabar,
semuanya untuk kepentingan ku dan keluarga ku,

Ku ayat orang dengan kata-kata hikmah,
dengan bendara putih tanda kesucian ku,
sambil menaip aku terseyum,
ummah ini senang ditipu,
sorry, ini semua bukan paksaan,
tetapi inilah jalan kamu.

Ku katakan musim bunga akan tiba,
dengan duit pak arab ku bayar bonus mereka,
kuharap mereka akan kembali cintakan aku,
kerana bonus dan meterial permainan diriku,
mudah-mudahan, mereka tetap tertipu,
macam mana aku nak bayar hutang pak arab itu nanti aku cari tau,
yang penting, mereka kembali percaya kepadaku,
bonus dan gaji tertunggak untuk bulan-bulan tertunggak itu tak penting,
kerana,
Inilah jalan kamu.

Ku katakan dalam memo ku, tak pernah ku ubah perderian syarikat ku untuk ummah,
tetapi ku kasi alasan mereka belum mampu,
ku kasi alasan ku telah dicemuh,
ku tarik balik kata-kataku,
sebab sebenarnya, syarikat aku tetap syarikat aku,
dulu untuk ummah sebab nak memikat kalbu,
kalau rasa tertipu maaflah,
sebab,
Inilah jalan kamu..

Kini ku tubuhkan team baru untuk ditipu,
Majlis Penipu Bersama (MPB) pilihan nama untuk mu,
aku tak perlukan kamu, kerana bersamaku majerin ku dan doremonku,
yang paling pakar dalam MLM, dan dialah Harapan Paling Akhir ku..
Kalau tak ummah tak setuju pun tak pak pa,
Kerana,
Inilah Jalan Kamu..


INILAH JALAN KAMU

INILAH JALAN KAMU..

Dulu, jalan gelita kita suluhkan lampu,
musuh berdepan kita bersatu,
jauh naik berjanji padu.
kengan pahit menjadi perindu..
kerana inilah jalan kamu..

Bila dah senang, kulupakan kamu-kamu,
dengan doremon @majerin kusudah bertemu,
Dia lah sekarang intan, belian, jantung hatiku,
doremon kata staff2 semua bodohh aku setuju;;
sekarang ceo kami adalah doremon ku..
padan muka hangpa semua, duk sangat nak jek aku,
terima lah padah,
kerana ini jalan kamu..

Kini gelombang tsunami tahap maksima
saya dan Majerin @ Doremon tetap bahagia,
yang sengsara kamu, ahli, staff dan pengikut setia,
hidung kamu dicucuk bagai hidung lembu gila,
sapa berani melawan aku tahan bonus dan gaji hangpa,
jangan marah ya..kerana
kerana inilah jalan kamu..

Doremon ku sayang makin menjadi,
sombong dan bongkak style kami,
staff lapor labour kami boleh ganti,
staf tak setia akan kami tohmahi,
pelabur merayu meminta wang, kami buat buta tuli,
saya akan tetap jaga semua kaki pengampu,
kerana inilah jalan kamu..

bersambung..




MAKIN HARI MAKIN MELAMPAU!!

ADOOOOOOOOOOOIYAI...


Makin hari makin menjadi perbuatan jahat MAJERIN. Dia dah mula cari gaduh dengan pengurusan dalaman.

WOI MAJERIN! Hang tak baca ka blog ni?! atau hang memang bodo piang! Ramai staf-staf lama penaik syarikat harapan! Hang tu tak layak pun nak maki hamun staf-staf lama!!!

Kalau nak nak tau perempuan oiiiiii, depa, staf-staf lama ni, dah ada dah waktu kompleks mula-mula ada, bentuk macam reban ayam dulu.

Hang masuk tunjuk pandai, waktu dah dapat bangunan pencakar langit! So jgn duk kata mereka-mereka ni tak kenang budi na!

Jgn sampai dalam syarikat harapan tinggal hang dgn TH ja. Tapi...erm..mungkin juga ini agenda dia. Sapa tau. Dia nak tunjuk performance hebat dia, pastu TH sayang cot-cooooooot kat dia.

MAJERIN! Dah ramai dah mana-mana yang duk rapat dan mempertahankan TH membuta tuli dah kecewa. Last-last kena kick keluar! Dah jadi orang normal balik, dan baru jumpa team kami, buat kesian, duk kata, depa baru tau TH macam tu! sorry..To late! ramai ustaz-ustaz, dan pak lebai-pak lebai yang duk pertahankan perbutan zalim TH ni, menyesal.

Tapi kami tau, depa ni manusia biasa dan kaki ampu..so kami maafkan mereka atas dasar mereka manusia biasa yang dah menyesal atas perbuatan mereka.

Tapi MAJERIN sekoq ni rasanya dia keluar syarikat harapan atau kena buang nanti, muka dia kena ludah. Dengan staff dan dengan ahli-ahli syarikat harapan, dan Pelabur.

Manusia kuang hajar macam MAJERIN tak lama..tak lama..

Dan yang TH duk harap bantuan dari langit dalam  salah satu tema dia punya program nak tipu orang lagi, nak minta la orang ramai sedar!

Sat gi kut duk minta bantuan dari langit, bala bertambah kut. INGAT, ramai orang dizalimi oleh syarikat HARAPAN, TH dan MAJERIN EXPIRED, duk tadah tangan ke langit. So tengok la, doa sapa yang di ijab ya. OPS dan ingat, untuk nak hadir program dia, pastikan membawa duit pendaftaran yang cukup dan bersiap sedia untuk fasiliti yang ala kadar atas nama perjuangan. Kena faham la, kos kena kurang sebab nak bedak-bedak untung program antara TH dgn pakar web (konon pakar) yang dari terengganu tu!


THINK AND RETHINK, pandanglah ke langit   

Tuesday 25 December 2012

FB I LOVE SYARIKAT HARAPAN DI ARAH TUTUP?

Inilah masalah yang KEBENARAN lihat sudah melampau-lampau. Mereka membuka dan menutup sesuatu dengan sukahati. Ikut peraturan sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Dulu tutup dan jual syarikat ayam goreng ke orang lain tanpa pengetahuan pelabur, sekarang apala sangat nak tutup FB murah yang dibuka oleh satu orang terengganu yang sekarang tinggal di Perlis ini. Di depan TH dia setia, dibelakang, ramai dah tahu dia buat bussiness lain. Sama ja bermuka-muka.

Kenapa nak tutup FB tu? itulah satu-satunya cara member-member dan mereka yang masih bersama-sama syarikat harapan nak luahkan..dah tak da cara lain, sebab telefon pun dah tak di jawab lagi. Semua menyorok di balik tabir.

Saya mendapat makluman dalaman bahawa arahan tutup di keluarkan oleh TH. Come on la. Tak boleh terima kritikan atau dah pedih telinga?

Kalau begini keadaanya KEBENARAN terpaksa mengucapkan tahniah kepada leader-leader yang join satu syarikat MLM baru dengan kuasa keKAISARan dan kewangan yang kukuh dan satu lagi syarikat yang dibuka oleh bekas top leader syarikat harapan yang bermula dengan perkataan AL dan ada yang join syarikat HALAL punya GEL.

Mereka ini telah mengambil tindakan yang bijak untuk masadepan isteri dan anak-anak mereka apabila mereka sedar dan telah terbongkar mengenai syarikat harapan yang sebenarnya juga bukan untuk ummah tetapi juga untuk kepentingan peribadi dan keluarga membelakangkan mereka yang yakin sayarikat harapan adalah dari ummah untuk ummah.

Meraka tidak lagi takut dengan ugutan bonus mereka akan ditahan kerana memang syarikat harapan dah tak mampu nak bayar bonus mereka dan secara terang-terang menggempur program-program mereka yang terbukti berkesan,

Yang menjadi fenomena anehnya adalah, ketiga-tiga syarikat ini, tidak tikam menikam malah bantu membantu dan cuba sebaik mungkin manjalinkan kerjasama dan ukhwah di antara Islam yang dahulunya di pecahbelahkan oleh TH. Meraka masih bertegur sapa dan malah memberikan moral support kepada satu sama lain sehingga tiada lagi suasana tegang yang timbul.

Kelihatannya mereka telah membakar jambatan-jambatan dibelakang mereka tuan-tuaaaaaaan, dan mereka tiada jalan mundur dengan terus kedepan dan yang lambat mengambil langkah baru tetap berada dibawah cengkaman TH, akan rugi.

Ini lah yang wajib diperhatikan oleh syarikat harapan. Sekiranya mereka terus menanam Fear di kalangan ahli-ahli, dan memerintah dengan sistem KUKU BESI, semua member-member dan staf-staf yang keluar, akan membuat keputusan nekad dengan istilah NO TURNING BACK! siapa yang rugi? Fear they give, fear they get and nothing more!


Yang WEB master sorang tu, jgn duk teruskan kehiprokitan anda semata-mata kerana anda mendapat imbuhan dari program-program yang anda dan TH rancangkan. KEBENARAN juga mendengar kritikan-kritikan pedih dari program SERABUT (dulunya PINTAR) HERBA yang dibuat di satu tempat di negeri KEDAH yang berakhir pada 23hb dis baru-baru ini. Ramai sudah tahu anda ada kamsen dengan program-program yang dijayakan km dan ofcourse kamu juga tidak setia dengan syarikat hrapan. So be careful ok bro? biarkan lah fb tu berjalan. Itulah cara luahan ahli-ahli dan sometimes, terima lah kesalahan dengan kerendahan hati. TH, sedarlah, anda juga manusai biasa, dan belajarlah meminta maaf, dan kalau boleh bertoalk ansurlah dengan ahli-ahli. Percayalah, sekiranya kamu memberikan mereka ruang untuk berniaga selain dari dengan syarikat harapan buat masa ini, mereka akan terus mensupport syarikat kamu, tetapi sekiranya cara ugutan yang kamu pakai, percayalah, semakin cepat mereka jauh dari kamu, walaupun mereka sepertinya setia dengan km!


Come on! think and rethink. Jangan sering menghadapan kan Majerin, kerana selepas adanya MAJERIN, mereka semakin jijik untuk hampir lagi dengan Syarikat Harapan..

THINK, RETHINK, AND RECONSIDER!

Monday 24 December 2012

SEJAUH MANA BENAR PERJUANGAN?

BERITA yang paling terkini, yang KEBENARAN dengar, sekarang, walaupun dah masuk duit dari PAK ARAB, RM 5 juta, tetapi pengurusan termasuk Puan Z, dah tak angkat telefon apabila ada yang menagih hak mereka.

Mereka yang dijanjikan bonus, gaji dan pemulangan modal pelaburan syarikat ayam goreng dah tak tau nak contact siapa walaupun dijanjikan sebekum ini.

Adakah berjanji dan tidak ditepati dibenarkan dalam ajaran syarikat harapan.

NOW, let us speak on logic. Adakah mereka mampu merolling wang pelaburan/pinjaman dari PAK ARAB ini.

Pernahkah mereka memanggil member-member, atau pelabur-pelabur berbincang secara professional untuk penyelesaian dan yang penting diTEPATI?

Adakah kita akan tau penggunaan wang itu untuk perkara yang penting untuk pembangunan semula syarikat atau untuk tujuan lain yang selama ini terjadi?

Dan sekiranya mereka telus untuk membangunkan kembali syarikat, please declare and call semua yang mempunyai ikatan, ahli-ahli, Pekerja, Pelabur, to think together, to give us time to re establish.


Tidak mustahil, syarikat harapan akan bangun lagi, tetapi, please TH tunjukkan ketelusannya kepada kita dengan berbincang secara terbuka. Orang ramai dah tau, syarikat harapan dah tenat. Apa salahnya memanggil semua penggerak syarikat yang dulu untuk bersama-sama membuat mapping untuk kearah kebangkitan semula tersebut.


Semua orang tidak dapat mengharapkan lagi keajaiban>>harap maklum..they need something which is more firm and clear.
\
Dah lah, jgn duk menyorok belakan majerin lagi. Majerin bukan tau apa pun..

THINK and RETHINK..harap-harap pintu hati TH terbuka..

Saturday 22 December 2012

DUIT PAK ARAB DAH MASUK

AMIN..

Salam teman-teman. Take your wise move now. Minta hak anda. Ini bukan provokasi, cuma kita tak mau, wang itu di salah gunakan untuk membeli BMW5 series baru lagi, atau renovation rumah sanak saudara.

Selepas dapat hasil, buat pilihan yang bijak, menyimpan atau memulakan perniagaan baru atau apa-apa sahaja. Kemudian depan TH, buat-buat la baik, sebab mana tau lepas ni dia dapat pulak pinjaman dari mana-mana PAK PERANCIS ka, PAK JORDAN ka..

Tapi ingat, pelabur ARAB ni bukan kenalan seperti yang di katakan oleh TH. katanya kenalan anak lelakinya  nama bermula huruf N. tetapi dari seorang staff yang mereka dah kick. Pak Arab nak jumpa the satff tapi depa duk kepong tak bagi jumpa.

Nati cerita lagi..

lapar

Friday 21 December 2012

PENIPU = HIPOKRIT

SOALAN:-

Apakah benar-benar Syarikat Harapan untuk UMMAH?

Dulu, sering KEBENARAN dengar, SYARIKAT HARAPAN adalah akan diserahkan kan kepada UMMAH.

Tersenyumkan kalau kita ingatkan kalam ini. Seorang yang menyalak-nyalak bahawa dia akan menyerahkan kepada ummah, untuk tujuan marketing.

Kenapa KEBENARAN kata marketing? Kerana golongan sasar atau target group untuk pengguna ubat-ubat dan produk-produk lain ini adalah orang ISLAM kita yang dahagakan produk-produk halal.

Sapa tak sayangkan TH Puan-puaaaaaaaan..kalau seorang PENGARAH URUSAN syarikat akan berkongsi syarikat dan menyerahkan syarikatnya kepada pejuang-pejuang nya yang bersama-sama beliau menaikkan syarikat, kononnya dari ummah ke ummah. Kalau orang kutuk syarikat harapan boleh dituduh pemberontak ooooo..


Ni, dia cerita dari ummah ke ummah!

Sapa yang tau, jenis kereta yang dipakai oleh anak dia? Ni dia, dari kereta biasa keluaran malaysia, kemudian, kereta eksekutif keluaran keluaran Jepun, lepas tu kereta fair lady, kemudian, bmw 5 series, kemudian bagi rm 400,000-00 untuk buka syarikat printing yang jalankan kerjasama perniagaan dengan syarikat papan untuk supply papan untuk kopi papan,..eh,,dari mana ya duit semua tu?

Kalau tanya dia, dia akan kata "Itu semua fitnah tuan-tuaaaaaaaan", sambil tangan kanan dia letak kat dada kiri, dan mata melihat kebawah, kepala sedikit menggeleng seperti seorang yang tidak berdaya ketika menghadapi fitnah dunia, tetapi, apa kata akaun? Sapa bayar semua tu? Hmmmm,,,buktikanlah duit itu dari poket sendiri. HMMMM lagi..yang ada bukti yang pernah KEBENARAN dapat adalah bukti keluar masuk duit syarikat harapan melalui akaun. Tapi sekarang duit jualan semua masuk akaun dia. TUDIA.....tak kan tak paham2 lagi kut!!!!

Kalau harta untuk isteri-isteri-isteri,  jgn kata la..rumah renovate, kemas..ratus ribu,,,wow..mungkin juga mereka dari keluarga kaya, itu boleh lah nak kong orang lain, tapi mana ada..KEBENARAN Tau..isteri-isteri-isteri dia ni kaya bila dah join dia..

Mari kita lihat..sat gi kebenaran bukak cerita siapa dapat projek renovation syarikat ayam goreng..sat..nak check fakta dulu, satgi kita sambung na...




SAMBUNGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN=HIPOKRIT

RALAT!

Fakta kedua di dalam penulisan KEBENARAN mengenai perjanjian pelabur-pelabur dengan TH untuk membuka syarikat ayam goreng adalah RM 1 juta, dengan penyewaan rm 25K sebulan kepada pelabur dan hibah 5 %. Bukan  rm 25. Tertinggal huruf K. Maksudnya RM 25 ribu sebulan dan bukan rm 25 sebulan. Tapi yang pasti sekarang pelabur duk kecewa kerana dua kupang lima duit pun tak dapat. TH jual syarikat kat orang lain. ITU FAKTA!!!! dan terbukti di dalam perjanjian. JGN duk kata TH kena zalim pulak. Terma-terma itu semua di kemukakan oleh TH, dan tak ada unsur-unsur penindasan. Pelabur cuma ikut. So JGN DUK TUDUH orang ambil kesempatan pulak.

PERANGAI LEMPAR TAIK sorok tangan. Itu perangai TH yang sebenar. Dia lempar taik tak pa tuan-tuaaaaaaan...sebab dia dah TH..yang lain pak lebai ja..

sambungan..

FAKTA KE 3 tuan-tuaaaaaaaaaan....

banyak yang tanya dalam blog komentar KEBENARAN, tapi KEBENARAN tak postkan nama mereka sebagai menghormati permintaan mereka..

SOALAN: adakah betul Syarikat Harapan di Indonesia tidak membayar dan menghabiskan wang sesukahati  dan tidak membayar uang-uang kopi dan kapsul yang di hantar ke INDONESIA.

Untuk mendapatkan jawapan ini KEBENARAN betul-betul hati. Kerana membabitkan isu NEGARA jiran kita. KEBENARAN membuat kajian dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai terlebih dahulu. Ini fakta yang kebenaran dapat.

1. Orang-orang Indonesia ni, mereka meletakkan kepercayaan tinggi kepada TH. Mereka membayar dahulu sebelum kopi di hantar ke INDONESIA. member-member syarikat harapan  di sana menggunakan istilah INDENT, iaitu bayar dahulu. Pembayaran itu ditransfer terus ke Syarikat Harapan di Malaysia sedangkan kopi belum sampai. Walaupun wang dah di bayar, tetapi kopi tak sampai. KENAPA? dia rolling la..

Adakah penipuan itu dari INDONESIA? Jawapannya tidak. Malah member-member di Indonesia adalah sangat jujur malah isunya adakah TH jujur?

Kemudian, TH naikkan harga kopi ROOOOOODDDDDDDOXXXXXX( maaf kerana terlalu meluat) di INDONESIA. Syarikat Harapan Di Indonesia, mendapat keuntungan yang semakin nipis. tak 200 rupiah satu sachet. nak kira macam ni la..200/2800=0.07 sen. Tu tak kira kos lain. untuk bonus, transporation. tapi Pentadbiran di INDONESIA, jimat cermat, dan amanah. BONUS berbayar dan gaji pekerja-pekerja tidak pernah tak berbayar. Itu waktu syarikat harapan malaysia dah kritikal dgn bonus tertunggak. Member-member di Indonesia, masih steady, dan agak terkejut kerana sudah ada rintihan dari ahli-ahli di Malaysia yang tak dapat bonus, dan gaji dah mula tak berbayar.

Kemusdiannya TH minta, bayar penuh kopi ketika kontainer si pelabuhan Malaysia. (pelabuhan mana, tak penting, sebab ini kerja-kerja tak betul-arahan TH, so kena jaga orang-orang yang berkorban nyawa buat kerja TH ni). So, Indonesia kumpul duit bayar dulu.

Tapi TH ni serakah. duk bukak tangan dia minta, mai sini duit-mai sini duit. TH minta bayar dulu waktu kopi sampai di gudang kat kat perlis tu. apa Indonesia melawan? tak..INDONESIA bayaaarrrrr..

Kemudian, keserakahan dan ketamakan TH makin kelihatan..INDONESIA kena bayar dulu sebelum kopi di buat dan ketika membeli bahan mentah..apa INDONESIA melawan?? tak..INDONESIA bayaaaarrr..

Kemudian apa yang terjadi? kontainer tak sampai ke INDONESIA..kemudian, nak tutup cerita, dia buat fitnah kata pada supplier bahan mentah dan ahli-ahli syarikat harapan malaysia, "tuan-tuan....INDONESIA tak bayaaarrrr.." tu dia..

Bukti menyatakan bahawa, sehingga keakhirnya, Bukti menunjukkan (sila tanya bahagian akaun malaysia dan indonesia) kalau tak percaya, Duit dah lebih transfer ke malaysia, tapi kontainer tak sampai-sampai.

SAPA TIPU SAPA? yang fanatik dengan TH maaf, bukan yang fanatik sahaja tetapi bodoh, Marah-marah kenapa tuan haji percaya pada INDONESIA? ini lah fakta sebenarnya..TH sengaja melaga-lagakan dan buat diversion untuk menetup perbuatan jahat nya..YANG JELAS, INDONESIA JUJUR!

so siapa penipu? yang fanatik, bengap, dan terpaksa ikut kata TH sebab kalau tak tak dapat bonus tu, mesti kata TH betul punya, cth: Puan Z dan majerin, dan beberapa member syarikat harapan yang saya turut bersimpati kerana di ancam tidak akan dapat bonus kalau tak ikut cakap TH. Dan biarkan lah, mereka terjun dgn labu-labunya..

Ada lagi fakta lain yang akan dibongkar..THINK and RETHINK..


Thursday 20 December 2012

CAKAP TAK SERUPA BIKIN = HIPOKRIT

Dari blog TH yang saya baca, baru tadi, naik meluat dan nak termuntah pun ada. Konon nya dia kata kalau bussiness tgh kencang, ramai kawan, kalau gawat musuh datang.

pastu siap kata, Kena buat perjanjian dengan cermat sebelum bussiness dan ni ada satu ayat pak lawak pemohong ni, ambil khidmat lawyer tentang terma dan kos yang digunakan..bla, bla, bla, (duk mengarut) dan kalau tak makin besaq perniagaan makin besar orang ambil peluang.

Ni rasa mcam nak termuntah pun ada. Hari tu KEBENARAN dah mula simpati, tup-tup dia buat penulisan macam dia tak salah. NI DIA FAKTA KALAU HANGPA NAK TAU:-

1)   Syarikat Harapan Merudum Bukan sebab orang pecah belah tapi sebab pengurusan TH atas kewangan.

Come on la TH, syarikat mula merudum bila kena bayar deposit beli bangunan pencakar langit tu. Duit deposit tu boleh buat modal untuk putaran modal stok! Tapi bila dah dump in jadi bangunan, situ masalah jadi kritikal. Sat dulu. itu bukan masalah utama!

masalah sebelum tu, rm 400,000-00, untuk syarikat printing mengalir ke akaun anak lelaki dia, itu terekod..DUIT SYARIKAT ITU!!!!!!!!

KEBENARAN malas nak buka fakta ni kerana tak nak la sampai semua orang tau. Tapi ni TH sorang ni tak sedar-sedar diri!

2) KEMUDIAN, kalau dia kata pakai lawyer dalam perjanjian, Memangnya tak ada perjanjian dengan PELABUR???? hoi, perjanjian dengan pelabur tu termanya kena bayar balik rm 1,000,000-00 dalam 5 tahun, sewa sebanyak rm 25 sebulan dan 5 % hibah..nak terma apa lagi? pelik betul, dia boleh tipu la orang lain. Tapi orang yang kena tipu? pastu tiba-tiba jual syarikat ayam yang dilabur oleh pelabur-pelabur kepada orang lain.

Sekarang nak klaim orang zalim dia, dan seolah-olah dia kena aniaya.

Nak tanya saya hantar soalan. macam yang sebelum ni ada pembaca yang hantar dan saya janji sampai sekarang nama dia dan soalan dia tak dimasukkan,

nak tanya, tanya KEBENARAN..


ONLY THE TRUTH SHALL BE REVAILED HERE!!!!

Bersambung...

Wednesday 19 December 2012

PERGADUHAN DI SUNGAI PETANI

Kebenaran dengar cerita di Paya Nahu Sungai Petani Kedah ada pergaduhan antara India dan Melayu. Sampai melarat-larat dan katanya perang perkauman.

STOP!!!

CHECK FIRST!

Pergaduhan di Sungai Petani
Apa cerita Sungai Petani?
Berita hot di facebook sekarang ini katanya di Sungai Petani tengah kecoh dengan kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi. Terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang, Sg Petani, Kedah, mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis-habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani, Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock. Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid dan surau serta mangsa dari Orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang-orang Islam di situ. Perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU. Harap semua pejuang-pejuang 30 dalam mood "Standby" kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis dan fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang. Kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang-orang Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita dan kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain. Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta. Tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku. Umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi. /// ( Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg Petani, Kedah)
p/s: Status-status facebook seperti di atas telah ditokok tambah. Dan telah pun didelete oleh individu yang bertanggungjawab memulakannya. Tolong hentikan penyebarannya.
cerita mangsa kejadian



Ini info-Info yang KEBENARAN dapat:-




RECHECK LAGI:-

UPDATED from Era Pasca


Pertelingkahan berakhir.



Dan, katanya Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu,Sg.Petani. Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan.

Orang ramai juga diminta jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum. Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan tersebut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 04-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-4222222.


SO...DAH SETTLE..HAL budak-budak..jgn kita duk cepat melompat.

TAK ADA KAITAN PASAL BONUS YANG SYARIKAT HARAPN TAK BAYAR..HAHAHA..PATUT KENA HAJAR TH CARA NI KUT..OPS>>SABAR

PAK ARAB

Mana duit pelaburan PAK ARAB tu?

Nampak gayanya jadi janji manis lagi la..HA! Doa banyak-banyak na..dan sedar diri, yang duk tunggu bonus tu dah macam lembu kena tarik hidung.

Kata TH, Kalau sapa-sapa join bussiness lain, dia tak akan bayar. WoW!. Alasan yang cukup baik untuk membina ummah. Dulu kata syarikat Harapan untuk UMMAH, dah ni, ummah kena ikut cakap dia.

Ops bukan semua ummah ya TH, yang bodo dan bangang. Yang duk ikut TH lani, adalah orang-orang terpaksa ikut TH sebab mereka mengharapkan TH bayar bonus mereka. Ini lah perniagaan ummah.

FOR that, saya ucapkan tahniah pada TH. I LOVE U.

Dah berjaya membentuk unmmah yang bodoh dan penakut pada TH kerana duit. Betul-betul ukhrawi lah.

Dan kepada ahli-ahli yang kena cucuk hidung tu, cari makan tempat lain la..

Think and Rethink


ADA INFO BARU

KEBENARAN cerita baru...


Tapi letih nak menaip..

esok lah

Monday 17 December 2012

ADA DUIT MASUK KA?

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA..

Kebenaran dengar cerita, ada pak Arab nak bantu Syarikat Harapan bagi duit..Alhamdulillah..Adalah bahagian untuk semua..harap-harap gaji staf tertunggak, bonus ahli, dan pelabur, dapat la sorang sikit.

Tapi kebenaran pernah dengar dulu, ada duit nak masuk dari Brunei. Ahli-ahli pakat seronok duk tunggu bonus, staf-staf terbayang nak pergi beli susu anak, pelabur-pelabur duk rasa dapat la bayar sikit hutang-hutang yang depa duk kumpul dengan orang lain untuk melabur di syarikat ayam goreng, tapi alih-alih..semua GIGIT JARI dan ahli-ahli punya kereta nak kena tarik dan rumah dah tak boleh bayar, surat cinta dari bank pun sampai.

Orang dah mula bosan dengan janji kosong yang tak jelas. Tapi kali ini, kita harap betul-betul pak Arab ni bagi la duit tu..Pasal TH bayar balik atau tidak ke Pak Arab tu, dia kena amanah la.,.
\
NASIHAT DARI KEBENARAN,

Kalau dapat duit bonus ka, gaji ka, lepas ni, pandai-pandailah jaga..sebab kena tau, itu duit hutang yang nak kena bayar balik oleh TH. Jgn sampai nanti merudum, tak leh nak rolling, benda yang sama terjadi. Nak pinjam duti PAK ARAB mana pulak..

THINK AND RETHINK

Saturday 15 December 2012

KOPI PALSU??

Ada kebenaran dengar cerita pasal kopi palsu yang di pasaran..hmmm..betul ka palsu? atau di palsukan atau, mereka sendiri yang mengedar kopi murah dipasaran untuk keuntungan poket mereka sendiri? semua boleh jadi. Kerana sudah sering kita dengar masalah kopi palsu ini dipasaran, alih-alih kopi sendiri tak supply pooooooon..

Kalau betul kopi palsu:-

Kalau betul kopi palsu. ini slah syarikat harapan, kenapa tak keluarkan kopi banyak-banyak..hmmmm...mungkin modal kopi dah terpakai ketempat lain.

Kalau bukan kopi palsu:-

Kopi ni original, tapi di jual tanpa nilai mata untuk bagi laku cepat. so harga murah, pastu ahli-ahli claim bonus kat syarikat..so ahli dapt untung terus jual pukal, kan dah untung? pastu klaim  bonus kat syarikat. Kan  untungn lagi.

DAN ADAKAH MUNGKIN?

Untuk mendapatkan untung segera, sebenarnya sudah ada syndicate dalaman sendiri, daripada tuanpunya dan pengurusan kilang kopi, menjual kopi dengan harga murah dan pukal, termasuk kepada cina-cina.

So syarikat tak payah tanggung bonus, buat terus jual putus dengan pembeli pukal, pastu gembar-gemburkan itu kopi palsu..

Semuanya mungkin kan?

Apala sangat, duit pelaburan orang dalam syarikat ayam pun depa tipu. pelabur tenganga, depa jual syarikat ayam goreng yang dilaburkan oleh pelabur ke orang lain.

Kalau kopi depa buat sendiri, dan jual pada orang cina, apala sangat kan..

So jgn duk fanatik tak tentu hala..

THINK AND RETHINK



Thursday 13 December 2012

KENAPA DITANAM SIFAT BENCI MEMBENCI?

Kebenaran dengar banyak komen orang luar sana ada yang berbisik, menyebut dan ada yang bercerita bahawa syarikat harapan sepatutnya tidak menjadi sebegini, jatuh menjunam ketika sedang naik..

Kenapa dan mengapa, ini rahsia Allah, tetapi harus kita ambil hikmah dengan apa yang terjadi.

1) JANGAN LUPA DIRI DAN LALAI

Ketika diberikan Allah, kenikmatan rezeki yang melimpah ruah dengan sale mencecah jutaan ringgit, Syarikat, Staff-staffnya tak kira dipentadbiran atau dicawangan, kelihatan seperti sombong dan tinggi diri (kebanyakan walaupun tidak semua). Tidak mengikut resmi padi. Melihat orang lain sebelah mata, dan merasakan bahawa akulah yang hebat kerana akulah leader, akulah pengurus, dan akulah pekerja syarikat harapan.

Pernah kebenaran mendengar cerita, staf cawangan dibuang gara-gara leader tidak berpuas hati dengan staf tersebut dengan alasan yang tidak bermunasabah. Semua yang staf cawangan lakukan salah di mata mereka dan sikap takabbur kerana mereka lebih banyak duit dari staff, membuatkan leader yang kononnya hanya merekalah aset syarikat jadi lupa diri dan melakukan kezaliman tanpa di sedari.

Staf juga ada yang menikam staf lain, dengan sengaja memfitnah kehilangan stok, dengan kelemahan audit menutupi SOP sehingga staf cawangan yang tidak tahu menahu kehilangan stok, di buang kerja. Sedang kan DI belum dibuat, dan kontrol stok dan laporan yang lemah banyak menyebabkan staf dicawangan yang bertanggungjawab.

Tidak kah pernah anda TERFIKIR, anda sentiasa melakukan KEZALIMAN!! bayangkan anak-anak staf yang dibuang kerana hanya laporan audit atas kekurangan stok, tetapi SOP pertanggungjawaban staf waktu pertukaran shif dan sebagainya, tidak pernah di perkemaskan. Ingat, doa orang-orang yang dizalimi akan terkabul.

Pengurusan atasan, seolah-olah dalam dunia mereka sendiri, berlumba-lumba mengambil hati dan mendekati si TH sehingga si TH hanyut dalam pujian dan akhirnya membawa kepada kehancuran.

Kaji semula, semuanya berkait...

Makanya, kebenaran harapkan, sekiranya ada syarikat lain yang ingin berniaga, jgn lah di ulang kesalahan yang sama. Sebesar mana anda nanti akan jatuh juga sekiranya wujud perasaan riak, takabbur, tinngi diri, hasad dengki, kipas mengipas, mengiyakan yang salah dan menutupi kebenaran kerana takut di cap PENDERHAKA!!

REMEMBER..THINK AND RETHINK

Wednesday 12 December 2012

THINK AND RETHINK

SALAM semua..

Kebenaran dengar ada orang duk kata, "kalau waktu tengah naik, ramai yang puji, kalau dah jatuh ramai duk hina"..Itu yang di klaim oleh orang-orang pencinta dan hardcore orang syarikat harapan..

Ada betui jugak tu..dulu waktu tengah naik, ramai duk cium tangan si penjual ubat ni. Pernah kah kita terfikir, kenapa orang duk pi cium tangan dia dan beribu orang menunggu kedatangan dia. Tapi sekarang nak kumpul 10 orang pun susah.

Ini orang kata, money talk atau the power of money. Orang bila ada duit, semua orang sanjung. Kaki ampu tak payah nak kata la, semuanya yes sir no sir. Ketaksuban dalam duit telah meminggirkan niat perjuangan.
Lama kelamaan orang akan hanya menunduk dan quran dan hadith yang sepatutnya menjadi panduan, dipergunakan bagi menyokong setiap tindakan, aduh..malangnya..

Dalam keadaan begini sebenarnya hati kecil kebenaran mengharapkan syarikat harapan naik semula..Kerana mereka membawa misi dari ummah kepada ummah. Malaysia, Thailand, Kemboja, Indonesia, mereka terpedaya dengan kata-kata perjuangan yang di bawa oleh sipeneraju syarikat. Membawa imej Islam, dan inilah dakwah yang paling banyak dugaan.

Harapan kebenaran, Mari kita mengorak langkah maju kedepan, membuktikan bahawa, bussiness berteraskan syariah dan muamalah Islam memang boleh dilaksanakan dan ini terbukti di negara-negara Isalam lain.

Kalau ada syarikat-syarikat MLM yang berteraskan syariah, marilah kita sama-sama menyokong, kerana ada misi membersihkan nama muamalah Islam yang dicemari. Buktikanlah..please,,..buktikanlah..




DAH TAK LAMA LAGI MAJERIN NAK JADI MANGSA

SALAM..

Kebenaran dapat info, lepas ni posisi MAJERIN mungkin akan ditukarkan macam top-top management yang kena kick sebelum ini.

Tak tau kesahihan..tapi pokok tak bergoyang kalau angin tak tiup. tapi Mana tau angin tak tiup, pokok tetap bergoyang sebab ada gempa bumi.

Wait and see:)

Tuesday 11 December 2012

SAMBUNGAN JAWAPAN BODOH SYARIKAT HARAPAN

Ni ada lagi info jawapan-jawapan bodo dari pengurusan gagal syarikat yang ada di bangunan tinggi pencakar langit sekarang:

Bila pelabur minta balik duit pelaburan- Syarikat Ayam Goreng depa:

"Nanti, kami kena sampai kan perkara ini kepada TH"..

berbulan kemudian:-

"syarikat ayam goreng ni dah di ambil alih oleh seorang dato'. So kami dah tak uruskan untuk pembayaran pelaburan"

WOW!! hebat betul..Syariah nya..TH serah pengurusan pada orang lain, kemudian yang mampuih, pelabur..wow sekali lagi..WOW!! profesionalnya..yang selalu bagi jawapan soalan bodo ni barua dia nama puan Z. Lani, bila pelabur telepon puan Z, jgn harap puan Z berani jawab!! Majerin lagi kuang hajaq. Jawapan syok dan power, See u in court!! cet! pelabur harap lupakan duit pelaburan tu..depa tak pernah ada niat nak bayar!  harap all understand na!!

Jawapan bodo yang seterusnya akan bersambung lagi..

TUNGGU JATUH SAJA LAGI..kesian

Hi semua..

Kebenaran dengar cerita syarikat harapan dah merudum..tunggu masa nak jatuh..

ADOYAI..apa ahli2 dan staf nak buat lepas ni..

Pada sapa yang duk begaduh tu..bersatu la..kemas kan saff..cari mana2 syarikat lain yang kukuh..

Sekadar info..

Nak ikut tak pa..tak mau ikut pun tak pa..nak merudum hangpa


Buang lah EGO!!

Ini kebenaran masukkan dalam blog untuk sampaikan perasaan orang yang kena tipu dengan Syarikat Harapan dan jawapan dari pengurusan yang diketuai oleh si MAJERIN:

1) Bila nak bayar bonus kami?
j:" Insyallah bulan depan"

tiga bulan akan datang- kalau di tanya, soalan yang sama:
j: 'kena hantar surat pemohonan" (nak minta bonus kena hantar pemohonan, hahaha)

jawapan macam ni pun ada jugak,

"Bonus boleh ganti barang"-

Jawapan terkini setalah beberapa bulan ditipu sebelumnya:

"siapa ikut program dapat bonus, sapa tak ikut tak dapat"

wow..syariah betul! TIADA penindasan, tiada paksaan...

Apa yang terjadi? orang-orang yang pi program dah tak ikhlas, Siapa yang untung siapa yang rugi? 

-yang TH dgn dia punya pembantu, dapat collect duit penyertaan program..fast cash! jawapan: TH untung

-Yang rugi siapa? pikiaq sendiri lah!

2) bila staf telefon HQ nak minta gaji jawapan biasa:

"sila hubungi si anu-si anu"..

masalahnya si anu pun tak tau jawapan, orang atas termasuk puan Z, jngan harap dapat bagi jawapan. dan mereka akan kata, sabar la..

hahaha..

ada juga jawapan bodoh dan sangat professional begini " nak minta gaji kena isi borang advace"

wow!!! Takkan puan MAJERIN yang kononnya pakar undang-undang tak tau kut..akta buruh mana kata untuk gaji kena mohon advance? NI nak ajar,,ADVANCE maksudnya depan, maju, so gaji bukanlah permintaan  duluan..itu wajib bayar. advance sesuatu yang belum layak dapat tapi atas permintaan boleh mohon..

WOI!! gaji itu kategori advance ka kewajiban syarikat? BODONYA

"pastu suruh posting kerja tempat baru!! Macam BARUA. 

Nanti lah sambung..duk taip ni pun sakit HATI!!!!

TUNGGU..Banyak lagi jawapan bodoh akan di BONGKAR!!!





 

Monday 10 December 2012

BERAPA LAMA BOLEH BERTAHAN???

WAHAI teman-teman..

Berapa lamakah syarikat yang mempermainkan harapan orang ini akan bertahan. Mudah-mudahan terus bertahan..terus bertahan..dan terus bertahan..

Ingat ramai yang bergantung harap dengan kamu. Ahli, staf, anak-anak ahli, anak-anak staf..

Kesian..kesian kat depa, depa bukan nak makan besar, bukan nak pakai kereta besar, bukan nak rumah bertingkat-tingkat macam bangunan pencakar langit. Mereka mau hidup sederhana. Jadi jgn terus menerus di  beli dan di tarik hidung mereka dengan macam-macam perkara.

Dengar kata, tak ikut program si TH tak dapat bonus, staf kena pindah tempat kerja walaupun tak dapat gaji. Staf lapor kat labour tak dapat gaji di tuduh pemberontak. 

Sebenarnya KEBENARAN tak tau dan confius jugak, ini arahan TH atau dia punya orang kuat yang nama seakan-akan sejenis MAJERIN. Dah la menyiksa orang woi. sedar diri. Sedar asal usul. Tiba-tiba dapat kuasa, habis semua orang bawah kena maki hamun!!!!

WOI MAJERIN, hang ingat hang ka yang penaik SYARIKAT HARAPAN ??? HANG tu tumpang toi ja. APA kes tiba2 kata staf-staf, manager-manager lama bodoh?? Jgn terkejut..KEBENARAN ada info dari orang dalam. HANG pandai sangat ka MAJERIN? 

tolong sedar diri, ambil kaca, dan pikir!!! Orang-orang lama nak pejatuh SYarikat harapan tu ka? Depa penaik syarikat tu betahun-tahun..

Yang pejatuh syarikat tu tuan punya dia la..

Tapi tak guna juga cakap itu yang ini..kerana dia adalah MAJERIN!!!

Nak jugak tunggu kad kawin kalau-kalau ada pernikahan si dia yang merupakan  manusia lupa diri dengan MAJERIN ni..

whatever lah!!

Saturday 8 December 2012

WHAT EVER!!! : PINDAH PINDAH PINDAH

WHAT EVER!!! : PINDAH PINDAH PINDAH: ASSALAMUALAIKUM SEMUA Dah 2 bulan kebenaran tak update blog ni. Terbuka hati kebenaran nak berkongsi satu cerita baru dengan semua pasa...