Wednesday 19 December 2012

PERGADUHAN DI SUNGAI PETANI

Kebenaran dengar cerita di Paya Nahu Sungai Petani Kedah ada pergaduhan antara India dan Melayu. Sampai melarat-larat dan katanya perang perkauman.

STOP!!!

CHECK FIRST!

Pergaduhan di Sungai Petani
Apa cerita Sungai Petani?
Berita hot di facebook sekarang ini katanya di Sungai Petani tengah kecoh dengan kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi. Terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang, Sg Petani, Kedah, mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis-habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani, Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock. Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid dan surau serta mangsa dari Orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang-orang Islam di situ. Perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU. Harap semua pejuang-pejuang 30 dalam mood "Standby" kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis dan fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang. Kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang-orang Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita dan kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain. Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta. Tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku. Umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi. /// ( Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg Petani, Kedah)
p/s: Status-status facebook seperti di atas telah ditokok tambah. Dan telah pun didelete oleh individu yang bertanggungjawab memulakannya. Tolong hentikan penyebarannya.
cerita mangsa kejadian



Ini info-Info yang KEBENARAN dapat:-




RECHECK LAGI:-

UPDATED from Era Pasca


Pertelingkahan berakhir.



Dan, katanya Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu,Sg.Petani. Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan.

Orang ramai juga diminta jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum. Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan tersebut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 04-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-4222222.


SO...DAH SETTLE..HAL budak-budak..jgn kita duk cepat melompat.

TAK ADA KAITAN PASAL BONUS YANG SYARIKAT HARAPN TAK BAYAR..HAHAHA..PATUT KENA HAJAR TH CARA NI KUT..OPS>>SABAR

No comments:

Post a Comment