Thursday 13 December 2012

KENAPA DITANAM SIFAT BENCI MEMBENCI?

Kebenaran dengar banyak komen orang luar sana ada yang berbisik, menyebut dan ada yang bercerita bahawa syarikat harapan sepatutnya tidak menjadi sebegini, jatuh menjunam ketika sedang naik..

Kenapa dan mengapa, ini rahsia Allah, tetapi harus kita ambil hikmah dengan apa yang terjadi.

1) JANGAN LUPA DIRI DAN LALAI

Ketika diberikan Allah, kenikmatan rezeki yang melimpah ruah dengan sale mencecah jutaan ringgit, Syarikat, Staff-staffnya tak kira dipentadbiran atau dicawangan, kelihatan seperti sombong dan tinggi diri (kebanyakan walaupun tidak semua). Tidak mengikut resmi padi. Melihat orang lain sebelah mata, dan merasakan bahawa akulah yang hebat kerana akulah leader, akulah pengurus, dan akulah pekerja syarikat harapan.

Pernah kebenaran mendengar cerita, staf cawangan dibuang gara-gara leader tidak berpuas hati dengan staf tersebut dengan alasan yang tidak bermunasabah. Semua yang staf cawangan lakukan salah di mata mereka dan sikap takabbur kerana mereka lebih banyak duit dari staff, membuatkan leader yang kononnya hanya merekalah aset syarikat jadi lupa diri dan melakukan kezaliman tanpa di sedari.

Staf juga ada yang menikam staf lain, dengan sengaja memfitnah kehilangan stok, dengan kelemahan audit menutupi SOP sehingga staf cawangan yang tidak tahu menahu kehilangan stok, di buang kerja. Sedang kan DI belum dibuat, dan kontrol stok dan laporan yang lemah banyak menyebabkan staf dicawangan yang bertanggungjawab.

Tidak kah pernah anda TERFIKIR, anda sentiasa melakukan KEZALIMAN!! bayangkan anak-anak staf yang dibuang kerana hanya laporan audit atas kekurangan stok, tetapi SOP pertanggungjawaban staf waktu pertukaran shif dan sebagainya, tidak pernah di perkemaskan. Ingat, doa orang-orang yang dizalimi akan terkabul.

Pengurusan atasan, seolah-olah dalam dunia mereka sendiri, berlumba-lumba mengambil hati dan mendekati si TH sehingga si TH hanyut dalam pujian dan akhirnya membawa kepada kehancuran.

Kaji semula, semuanya berkait...

Makanya, kebenaran harapkan, sekiranya ada syarikat lain yang ingin berniaga, jgn lah di ulang kesalahan yang sama. Sebesar mana anda nanti akan jatuh juga sekiranya wujud perasaan riak, takabbur, tinngi diri, hasad dengki, kipas mengipas, mengiyakan yang salah dan menutupi kebenaran kerana takut di cap PENDERHAKA!!

REMEMBER..THINK AND RETHINK

No comments:

Post a Comment