Wednesday 12 December 2012

THINK AND RETHINK

SALAM semua..

Kebenaran dengar ada orang duk kata, "kalau waktu tengah naik, ramai yang puji, kalau dah jatuh ramai duk hina"..Itu yang di klaim oleh orang-orang pencinta dan hardcore orang syarikat harapan..

Ada betui jugak tu..dulu waktu tengah naik, ramai duk cium tangan si penjual ubat ni. Pernah kah kita terfikir, kenapa orang duk pi cium tangan dia dan beribu orang menunggu kedatangan dia. Tapi sekarang nak kumpul 10 orang pun susah.

Ini orang kata, money talk atau the power of money. Orang bila ada duit, semua orang sanjung. Kaki ampu tak payah nak kata la, semuanya yes sir no sir. Ketaksuban dalam duit telah meminggirkan niat perjuangan.
Lama kelamaan orang akan hanya menunduk dan quran dan hadith yang sepatutnya menjadi panduan, dipergunakan bagi menyokong setiap tindakan, aduh..malangnya..

Dalam keadaan begini sebenarnya hati kecil kebenaran mengharapkan syarikat harapan naik semula..Kerana mereka membawa misi dari ummah kepada ummah. Malaysia, Thailand, Kemboja, Indonesia, mereka terpedaya dengan kata-kata perjuangan yang di bawa oleh sipeneraju syarikat. Membawa imej Islam, dan inilah dakwah yang paling banyak dugaan.

Harapan kebenaran, Mari kita mengorak langkah maju kedepan, membuktikan bahawa, bussiness berteraskan syariah dan muamalah Islam memang boleh dilaksanakan dan ini terbukti di negara-negara Isalam lain.

Kalau ada syarikat-syarikat MLM yang berteraskan syariah, marilah kita sama-sama menyokong, kerana ada misi membersihkan nama muamalah Islam yang dicemari. Buktikanlah..please,,..buktikanlah..




No comments:

Post a Comment