Thursday 10 January 2013

EDISI SIASAT KOPERASI WAHADUHAI

Semalam KEBENARAN menerima satu komen yang di hantar dalam blog ini oleh seorang mangsa pelabur saham Koperasi Wahaduhai. Berikut adalah copy paste luahan beliau:

Salam to KEBENARAN
Saya adalah seorang pelabur saham Koperasi Wahaduhai. Kami masuk kerana ketika itu TH ajak kami bersama untuk membangunkan ekonomi ummah. Kami sekeluarga ahli produk HARAPAN. Kata beliau bukannya sekali, tapi banyak kali. Koperasi Wahaduhai akan jadi sebuah bank ternama di negara kita. Jangan takut untuk melabur. Saya sebagai Pengarah Urusan saya jamin wang anda tidak akan hilang. Kita bukan seperti Koperasi lain. Kita ada perniagaan ummah. Saya jamin sekiranya anda memerlukan wang saya akan beli saham anda. Kami sekeluarga melabur lebih dari tiga ratus ribu. Kini bila bonus kami tidak di bayar, saya cuba untuk mengambil wang saya di Koperasi tersebut. Sudah hampir setahun. Anak saya yang belajar di Mesir amat amat memerlukan. Ibu saya sakit tenat. Rumah saya bakal di lelong. Saya pernah jumpa TH beberapa bulan yang lalu. Dia ambil no telefon saya lalu dia janji akan call keesokannya. Dia maklum jangan bimbang. Saya pun tidak bimbang. Kini saya terlalu kecewa teramat sangat. Suami saya mula menyalahkan saya dan begitu juga keluarga sebelah suami saya. Apa tidaknya mereka menuduh saya yang menghabiskan harta pencen suami saya. Saya cuba untuk menghubungi Koperasi Wahaduhai. Jawapan yang saya terima adalah kena tunggu meeting bulanan. Bila selesai meeting bulanan, maka staf koperasi pula beri alasan duit belum cukup. Saya amat terdesak. Saya pergi sendiri ke pejabat Koperasi Wahaduhai. Maka jawapan yang sama saya terima. Apa nak jadi dengan nasib malang kami. Kami sudah di tipu. Ya Allah!!! benarkah ini Perniagaan Ummah TH war warkan di seluruh program???? Kami di tipu oleh manusia bertopengkan syaitan.

PAGI INI KEBENARAN JADI EDISI SIASAT
Lebih kurang jam 9.30 pagi KEBENARAN menelefon terus ke Koperasi Wahaduhai
Telefon itu di pass ke seorang staf bernama F. Katanya staf saham

Ini ringkasan perbualan:

Kebenaran: Hallo.. salam
F: Salam

Kebenaran: Saya nak tanya saham mak saya yang dah lama tak di bayar
F: Boleh saya tahu nama mak encik

( terpaksa berbohong. Main hentam nama aja hihihihi)
Kebenaran: Mak saya nama.... Kak Anita
F: No I/C

Kebenaran: Tak ingat leer
F: Nama ayah?

(apa laaaa aku nak cakap...huhuhuhu)
Kebenaran: Nama ayah dia apeeer jap
F: Saiful Anita Abdullah?

(dengan segera aku mai iaaaaa aja)
Kebenaran: Ya laaa tu ..Betul
F: oohh dia masih baru minta

Kebenaran: Dah laamaa dah dia minta
F: ya kaaaa

(kena cari helah nak curi maklumat)
Kebnenaran: Begini laaa saya selaku anak beliau nak tau kenapa jadi begini? Setahu saya Koperasi ini melabur tempat berpotensi.
F: hmmm HJ tak bayar hutang. Ambil duit kata beli Kopi Rodox dan Buat Restoren Ayam Goreng. Tapi duit lesap hilang

Kebenaran: HJ mana tuuu?
F: TH Syarikat Harapan

Kebenaran: Banyak keer? Koperasi tak ada simpanan lagi keer?
F: RM 25 JUTA lesap habis. Ada tinggal sikit sikit. Kami pun pening. Dah tak tahu nak cakap apa lagi.

Kebenaran: Tuuuuuu dia... lepas itu Koperasi tidak ambil tindakan apa apa keer?
F: Setahu saya Koperasi nak fail saman TH dan Syarikat Harapan.

Kebenaran: Dia beli bangunan Pencakar Langit dekat Alam Shah tuu kerr?
F: Yaa laaa... betul

Kebenaran: Jadi agak agak apa kesudahannya
F: Saya pun tak boleh agak

Kebenaran: Apa nak jadi dengan duit kami semua
F: Mungkin selepas saman selesai


(Ingat!!!! Jangan salahkan F dalam hal ini. Kalau ada sesiapa yang melakukan tindakan memecat F, maka akan tidak teragak agak aku dedah macam macam lagi)

KEBENARAN nak ingatkan TH jangan lepas tangan dan jangan pura pura tidak tahu. Tampil segera untuk menjelaskan hutang anda.

Wahai TH
Kenapa jadi begini!!!!!
Kamu nak salah siapa????

THINK AND RE THINK



No comments:

Post a Comment