Friday 14 September 2012

SYARIKAT HARAPAN

JATUHNYA IMEJ PERNIAGAAN ISLAM KITA


Kebenaran baru-baru ini, dengar cerita macam-macam satu syarikat ni. Kalau sebut 3 huruf ni semua orang tau syarikat apa. Malas rasanya nak sebut 3 huruf ni, tapi kebenaran panggil dia Syarikat Harapan.

BETUL KE NI?

Tahlah, dulu kebenaran dapat tau syarikat ni menjadi harapan kepada semua umat Islam di Malaysia. Malah dah sampai ke Indonesia jugak. Apa saja produk orang bukan Islam keluarkan pasti dia akan keluarkan jugak. APPLAUSE untuk itu. Ada juga syarikat yang memperjuangkan Produk Halal untuk kita. Ayam yang mereka bela pun ada dengar katanya dengar Al-Quran pasang tape, tah lah, kebenaran belajar agama pun dekat surau-surau ja, tapi setahu kebenaran, al-quran menjadi panduan manusia, tapi kenapa depa dengarkan pada ayam..hmmm..KEBENARAN kena belajar jauh lagi ni. Tapi mungkin juga ini gimik mereka??? tah..WHATEVER!!!

Ini yang KEBENARAN dengar. Panas jugak kuping telinga KEBENARAN dengar orang duk kutuk Syarikat harapan ni. Apa pun KEBENARAN cuba sampaikan apa yang KEBENARAN dapat tau, terserah kepada semua untuk menilai.

CERITA-CERITA TAK SEDAP

 Syarikat ni di bangunkan oleh seorang yang bergelar TUAN HAJI. Nama belakang tak ingat TUAN HAJI APA TAH.. Buat bussiness secara MLM. Opss..terlupa. MLM syariah dengarnya. Semua pakar-pakar agama jadi panel syariah syarikat ni, So kira kuatlah. Tapi mana pi semua panel syariah tu pun dah tak tau dah. Dengar kata TUAN HAJI tu dah buang mereka, dan ada yang undur diri. So siapa panel syariah dia sekarang? Itu tolong lah fikir kan semua ya .Dan orang-orang kuat dia pun dah tinggalkan dia?  Betulka?

AHLI-AHLI / MEMBER-MEMBER

Dengar katanya, ada beratus ribu member di Malaysia dan di Indonesia. TemaN-teman kita Di Indonesia yakin dengan perjuangan TUAN HAJI NI sampai nak wujudkan NEGERI HALAL..AMIN..WOW..hebat ini Syarikat Harapan. Tapi dengar ceritanya la ni member-member dah tak dapat Bonus. Member-member ditinggalkan, yang dulunya sama-sama bangunkan dan letupkan sales untuk dia. Tapi la ni sampai ada leader-leader Syarikat Harapan ni, yang jual roti canai. Pastu yang tinggalkan TUAN HAJI ni di tuduh pengkhianat dan pemberontak. Pelik jugak. Bonus depa tak dapat tapi kena SETIA juga. Kalau tak stay dengan syarikat, mereka akan di cabut kesetiaan mereka. Pengikut Jadi Sombong pun ada..ada juga dulu pengikut-pengikut TUAN HAJI ni fanatik sangat sampai dengan sombongnya mengikut kata satu TUAN HAJI ni. Dah jadi macam nabi pulak depa pandang TUAN HAJI ni, perfect, bebas dari melakukan kesalahan. hmmmm..ALLAH MAHA KAYA, Lani depa tengok sendiri la TUAN HAJI punya taring. Malas nak taip TUAN HAJI, merosakkan nama Haji saja,singkatan TH ajalah.

O.K kepada yang mengikut setia TH ni stop BACA! isu makin panas. Lama jugak KEBENARAN buat research pasal Syarikat Harapan ni..tapi alhamdulillah, tak ikut.!!! KEPADA YANG NAK TAU KEBENARAN, terus baca!

Sambungan...

TH punya onar lama-lama terbongkar jugak. Dia buka satu bussiness bussiness AYAM GORENG. Nama syarikat dia, dekat dekat macam KFC jugak. Tapi lupa apa nama dia tah..RODOXXX KA, ROODEEEX<BODEEEK ka, lupa lagi..haiiiii..banyak telan semut ni, kena cari sofgel nampaknya. :) tapi yang jelasnya belakang ada perkataan FRIED CHICKEN lah..

Orang-orang Islam kita, allhamdullilah, pakat suka la perjuangan halal ni, tengok lebai TH ni dah jadi macam sinaran arah ke syurga, Pakat nak join la..dengar cerita kena RM 1 juta untuk buka Fried Chicken ni. Orang kaya bagi cash, orang biasa ada yang sampai buat loan kumpul ramai-ramai untuk menjayakan Perniagaan Halal TH ni. Tapi apa dah jadi?? Apa dah jadi??

Dengar kata dah mula tak bayar apa yang pernah di janjikan kepada mereka-mereka yang bagi pinjaman RM 1 juta tu? ADOI!! Cuba la call TH ni, atau orang-orang kuat dia. Kalau tah salah semua lari pi duk kat Bangunan tinggi kat SHAH ALAM ka kat mana, lupa lagiiiiiiii...Ada satu teman kebenaran, dia kata nak minta duit pelaburan AYAM GORENG tu, telefon punya telefon TH ni dah tak mau angkat dahhhhhhh..suruh telefon pembantu dia lah, manager lah, ustaz dia lah, last last tukang sapu dia pun lesap..tak percaya cuba telefon tengoooooook!!! No telefon dia satu Malaysia tau, Indonesia pun tau..pekerja-pekerja semua dah blah, tinggal yang tukang ampu dan ada juga yang berbagi kasih sayang kat TH..ops...too far,..too far KEBENARAN!!!

NAK TAU PASAL SATU KOPERASI YANG KENA TIPU DGN TH??? NAK TAU PASAL LAIN2????  TUNGGUUUUUUU...nak kena tengok research record..sambung esok na..









2 comments:

  1. bini aku keje stu pon gaji sangkut 3 bulan xbayar.kwsp potong dlm slip, tp cek kat kwsp,haram xmasuk..sebelum nak tubuhkan negara hub halal ke,amende ke, kebajikan staf kena la jaga..ada apa dengan syarikat jika staff lari?aku pon dah pedap ngan depa nie..layan mahkota dewa skang..adios

    ReplyDelete
  2. Barang siapa yang berharap kepada makhluk maka siap-siaplah untuk kecewa

    ReplyDelete