Saturday 15 September 2012

KOPERASI OH KOPERASI. ONE OF THE VICTIMS!

Hi semua..

Pagi yang indah untuk semua. Amat indah untuk semua, sampai malas nak type apa-apa hari ni, nak enjoy life. Tapi rasa macam tak complete jer hari ni, macam ada sesuatu yang belum selesai. Apa dia ya?

Oooo..pasal satu koperasi ni yang menjadi mangsa. Tapi kebenaran lupa apa nama koperasi tu. Lupa lagiiiiiiii....Nak kena telan kapsul banyak2 ni, baru hilang kut sifat pelupa ni.
Kadang-kadang rasanya malas dah ceritakan semua ni, semua orang tau dah, tapi pelik bin ajaib bin magik dan macam-macam bin lagi. Hebat TH ni, dengar kata dia dah peghabih duit koperasi tu. Pastu dia beli la balik dah saham tu balik..Sikit-sikit la bro..nak beli banyak2 penat la..Banyak tanggungan beb! Tapi dengar cerita dari kak Saodah, orang sebelah rumah den, dah mesyuarat agung la dengar nya..mula sedar kut. 

KOPERASI tak salah! AHLI KOPERASI tak salah! Mereka provide duit dan beli saham untuk tujuan yang murni, membantu Syarikat Harapan untuk berkembang terus di persada dunia. Ceeewah!!! peeewit!!! Kata TH, Syarikat Harapan ini untuk UMMAH dan akan diserahkan kepada UMMAH. HA! Betul sangat la, la ni ummah yang tanggung. So tak boleh la KEBENARAN nak komen banyak-banyak, UMMAH dah redho. Tak kan dulu waktu Syarikat Harapan naik, ramai puji, semua orang suka, semua orang nak jadi ahli, semua orang rasa bahagia, semua orang cium tangan dia, la ni bila jatuh, semua orang nak marah, nak mengamuk. UMMAH yang bagi kaaaaaan? Bukan TH pi merompak pun. Tapi waktu mesyuarat agung hari tu, ramai pulak yang naik darah! aik..pelik bin ajaib lagi..timbul persoalan, siapa sebenarnya yang salah? Koperasi ni ka? member ka? TH ka? atau mereka dan keluarga mereka?

Senang cerita macam ni lah, tak kan dah ambil tak nak nak bayar balik kut??? dividen koperasi takkan tak mau declare kut? kalau rugi Syarikat Harapan yang dah tak berapa jelas sebab apa, mana pergi duit berjuta2  tu pun tak clear, la ni, ambil alih lah Syarikat Harapan tu..sekadar cadangan..tu pun kalau TH masih sedar dia ada hutang yang dah tak mampu bayar, dia kena sujud balik, ingat balik, dia kata UNTUK ummah, bukan AMBIL UMMAH punya! Stop! dont be too emotional!!!

Kebenaran dengar cerita la kan, dah BERPULUH JUTA RINGGIT TH ambil. Tak tau la kan, KEBENARAN tak tengok statement pun. Cerita dari kawan kekawan dan ahli-ahli koperasi sendiri la. So yang mana duk setia dengan TH yang tak jelas jugak sebab apa, tak akan dengar cerita ni, duk petegak benang yang basah la. Hujung hujung jawapan dari TH ni, syarikat jatuh sebab pekerja dia yang tak amanah. HAHAHAHA.

Tipu budak tadika boleh lah kut. Yang dah tua takkan nak percaya jugak. Duit-duit tu bukan boleh staff dia ambil pun. Semua pi kat akaun dia. Takkan duit boleh dikeluarkan tanpa approval dia kut. Kalau dia cakap, saya tak tau mana pi duit tu, dan jawapan dia saya tak ambil, pikir la sendiri sejauh mana kebenaran. 

Yang fanatik mesti percaya punya selagi tak kena batang hidung depa, dan yang kaki ampu, duk keluarkan hujah2 depa la, fitnah lah, apalah. Terserah!!

Semoga yang salah itu di lihatkan salah, dan yang benar itu di lihatkan benar. ok lah..continue nanti

No comments:

Post a Comment